Samsung perkenal Galaxy Tab A8

- Advertisement -

Samsung Malaysia Electronics melancarkan Galaxy Tablet A8 iaitu peranti paling berkuasa dan diperkemaskan dalam siri Tab A.

Galaxy Tab A8 didatangkan dengan saiz skrin yang mengagumkan, kuasa dan prestasi dalam reka bentuk yang tipis serta ringan yang sedia untuk digunakan untuk pembelajaran, hiburan dan banyak lagi.

Peranti pintar ini menawarkan pengalaman mudah alih menawan yang sepadan dengan gaya hidup dan belanjawan harian pengguna dan menyegerakan secara lancar dengan peranti Galaxy lain.

Presiden Samsung Malaysia Electronics, Edward Han berkata, tablet pada hari ini adalah satu peranti yang penting untuk semua lapisan.

“Tablet kini amat diperlukan oleh ramai, terutamanya dalam dunia di mana pembelajaran yang berlaku di rumah adalah perkara biasa.”

“Produk ini merupakan peranti yang sesuai untuk ramai orang memanfaatkan aktiviti mereka di rumah dan semasa dalam perjalanan.

Memandangkan lebih ramai orang menggunakan tablet untuk panggilan video, di kelas, dalam talian, permainan dan penstriman, Galaxy Tab A8 dilengkapi dengan ciri baharu yang cemerlang untuk membantu pengguna berhubung pada tahap baharu,” katanya.

Menyentuh aspek spesifikasinya, Galaxy Tab A8 didatangkan dengan skrin 10.5 inci dengan bezel 10.2 milimeter saja sekali gus memberi pengalaman menakjubkan ketika penggunaan.

Tablet ini juga didatangkan dengan pembesar suara kuad dengan teknologi Dolby Atmos memberikan penghasilan audio dengan perincian, kedalaman dan realisme yang tiada bandingan.

Galaxy Tab A8 mempunyai lebih banyak kuasa dan prestasi untuk pengalaman siri Tab A Samsung yang memuaskan.

Unit Pemproses Utama (CPU) dan Unit Pemproses Grafik (GPU) Galaxy Tab A8 ditingkatkan sebanyak 10 peratus untuk memberi prestasi yang lebih pantas dan lancar tanpa sekatan yang mengecewakan.

Galaxy Tab A8 dilengkapi dengan 3GB RAM dan 32GB storan dan ciri kad MikroSD yang boleh ditambah untuk membolehkan pengguna memiliki sehingga 1TB ruang.

Bateri 7,040mAh dengan pengecasan pantas sehingga 15W memudahkan pengguna menstrim pelbagai kandungan media selama berjam-jam tanpa risau kehilangan kuasa.

Bagi tempoh promosi, Galaxy Tab A8 (Wi-Fi 3+32GB) kini boleh didapati dengan harga runcit yang disarankan berharga RM999.

Mulai sekarang hingga 28 Februari, pembeli boleh menikmati hadiah percuma dengan pembelian: satu Clear Edge Cover bernilai RM99 dan pelan perlindungan Samsung Care+ setahun bernilai RM110.

Spesifikasi

Pemproses: Octa Core 2GHz

RAM: 3GB

Storan: 32GB – Sokongan MikroSD 1TB

Bateri: 7040mAh

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat