Tok Mat positif Covid-19, dah seminggu isolasi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengarah Pilihan Raya umno, Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan dirinya positif Covid-19.

Dalam hantaran di Facebooknya, Timbalan Presiden UMNO itu memaklumkan beliau kini sudah seminggu menjalani isolasi kendiri.

“Alhamdulillah, hari ini dah sampai hari ke-7 saya menjalani isolasi kendiri.

“Di dalam saya sangat berhati-hati menjaga SOP, terkena juga dengan jangkitan virus Covid-19.

“Berhati-hatilah, virus Covid-19 dah merata-rata di dalam masyarakat,” catat Mohamad.

Malah beliau mengakui tidak sabar untuk turun ke Johor untuk Pilihan Raya Negeri (PRN).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,591FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat