PRK Sabah: Zahid Sifatkan Kemenangan BN Amanah Besar Rakyat

Cyberjaya – Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada rakyat Parlimen Kinabatangan serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag atas mandat yang diberikan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di kedua-dua kawasan berkenaan.

Menurut beliau, keputusan tersebut mencerminkan keyakinan rakyat terhadap kesinambungan kepimpinan serta kestabilan yang diharapkan untuk kawasan itu.

Zahid berkata, kemenangan Mohd Kurniawan Naim Moktar di Parlimen Kinabatangan dan Mohd Ismail Ayob (MIHA) di DUN Lamag merupakan satu amanah besar untuk meneruskan legasi khidmat Allahyarham Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin, yang sepanjang hayatnya meletakkan Kinabatangan dan Lamag sebagai keutamaan perjuangan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh jentera BN serta rakan-rakan dalam Kerajaan Negeri Sabah yang bersama-sama memastikan kemenangan tersebut.

Zahid menegaskan bahawa mandat berkenaan akan dipikul dengan penuh tanggungjawab demi memastikan kebajikan rakyat terus terbela serta pembangunan kawasan dapat diteruskan secara mampan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat