Seramai 389 Peneroka Felda Kemasul Terima Surat Hak Milik

- Advertisement -

BENTONG: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan Surat Hak Milik kepada 389 peneroka di Felda Kemasul, Bentong.

Menurut Wan Rosdy, ia pastinya saat yang mereka nanti-nantikan sejak memasuki tanah rancangan ini.

“Saya dapat merasai kegembiraan yang terpancar di wajah setiap seorang daripada mereka. Ramai yang menitiskan airmata tanda bersyukur.” kata Wan Rosdy.

Dalam pada itu, Wan Rosdy mengingatkan para peneroka Felda Kemasul dapat menjaga tanah ini dengan baik. Ianya legasi yang harus kita syukuri.

May be an image of 4 people, people standing, people sitting and indoor
Wan Rosdy bersama salah seorang Penerokawati Felda Kemasul melihat Surat Hak Milik yang disampaikan olehnya.

“Ketika menyampaikan Surat Hak Milik tersebut, saya mengingatkan mereka supaya menjaga tanah ini dengan baik. Agar ia dapat diwariskan kepada generasi akan datang. Kerana langit tidak selalu cerah.

“Sesungguhnya, kejayaan dan pencapaian yang dinikmati Peneroka Felda pada hari ini diinspirasikan oleh Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak. Ia menjadi legasi ulung yang harus kita syukuri. Alhamdulillah.” ujarnya ketika menyampaikan Surat Hak Milik tersebut kepada para peneroka, di sini, pada semalam. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat