Indeks Persepsi Rasuah: Malaysia Jatuh Di Tangga 62 Daripada 180 Negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Skor Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) jatuh buat kali kedua berturut-turut, dengan merosot tiga mata berbanding laporan tahun lalu, dan berada di bawah paras 50 mata.

CPI 2021 dikeluarkan Transparency International-Malaysia (TI-M) hari ini, menunjukkan skor Malaysia adalah pada 48, berbanding 51 pada tahun sebelumnya dan 53 pada 2019.

Skala skor 0 adalah negara paling korup, manakala 100 pula adalah yang paling bersih.

Kemerosotan skor itu dicerminkan dalam kedukan ranking Malaysia yang telah turun ke tangga ke-62 daripada 180 negara di seluruh dunia berbanding tempat ke-57 pada 2020.

“Ini adalah skor kita untuk 2021, jadi kamu boleh lihat ia menurun lagi (sejak 2020).

“Daripada tangga ke-53 (pada 2019) kepada 51 (pada 2020) dan kita jatuh tiga mata lagi, jadi ia adalah trend yang sangat membimbangkan.

“Kita telah jatuh lima mata dalam tiga tahun sejak 2019. Mungkin ada yang mengatakan ia cuma lima mata, tetapi tidak, sebenarnya lima mata itu sangat serius dan sangat signifikan,” kata presiden TI-M Muhammad Mohan semasa mendedahkan laporan CPI 2021, yang melalui persidangan video hari ini.

Menurutnya, ini jelas menunjukkan bahawa negara tidak langsung mencapai kemajuan yang diharapkan tetapi sedang menuju arah kemerosotan dari segi membanteras rasuah, menyokong hak asasi manusia dan demokrasi.

Kredit Foto: Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat