Perniagaan norma baharu usahawan INSKEN catat hasil jualan RM9.8 juta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR-Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) berjaya membantu usahawan menyesuaikan diri serta meneruskan perniagaan dalam norma baharu dengan peningkatan hasil jualan sebanyak RM9.8 juta.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, dua program norma baharu itu membabitkan dua program bimbingan iaitu Insken Bumiputera Business Coaching (BBC) dan Online Onboarding Coaching Programme (E-Board) yang mencatatkan sebanyak RM9.8 juta peningkatan hasil jualan.

“Di samping itu, sebanyak 256 pekerjaan baharu berjaya dicipta melalui program bimbingan komprehensif anjuran agensi ini yang berada di bawah kawal selia Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC),” katanya.

Noh berharap lebih ramai usahawan dapat dilahirkan dan pelbagai peruntukan diberikan oleh kerajaan dan agensi dilantik untuk memberi bimbingan terutama usahawan dilatih INSKEN.

“Graduan yang lulus dibawah program Insken, mereka secara automatik diberikan kelulusan permohonan pinjaman dan mendapat pengesahan daripada INSKEN dan diluluskan secara serta-merta.

“INSKEN sentiasa konsisten menghulurkan bantuan berbentuk latihan serta bimbingan bagi memastikan usahawan dapat kekal bertahan ketika pandemik kini dapat menyaksikan usahawan mula menyesuaikan diri dengan norma baharu.

“Usahawan dilihat bukan sahaja mampu berdepan dengan norma baharu malah catatan hasil peningkatan jualan ini merupakan sebuah penanda aras yang amat baik.

“Usahawan yang berjaya meningkatkan hasil jualan ini adalah bukti mereka mampu meneruskan perniagaan walaupun perlu mengamalkan norma baharu dan bukan penghalang untuk terus maju ke hadapan,” katanya pada Majlis Graduan Program Bimbingan Insken 2020/ 2021.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Insken, Muhd Firdaus Azharuddin berkata, seramai 295 peserta Program IBBC tamat bimbingan secara one-
on-one selama empat bulan merupakan usahawan daripada industri Postnatal Care,Café & Restaurant, Bakeri, Jualan Pasaraya, Jahitan dan Eco-tourism.
Kesemua peserta program ini yang telah dibimbing oleh pakar industri sekali gus mencatat peningkatan jualan yang cukup memberangsangkan.

“Seramai 170 peserta daripada dua kohort Program E-Board dibimbing membuat pemasaran digital selama empat bulan berjaya mencatat peningkatan hasil jualan melebihi RM560,000.

“Usahawan yang menyertai program ini berjaya membuat transformasi perniagaan ke arah digital dengan menggunakan platform seperti Facebook, Instagram, TikTok, WhatsApp, Shopee, Lazada, Telegram dan YouTube.

“Oleh itu, INSKEN akan terus memberikan bimbingan kepada usahawan melalui dua program in yang masih lagi diteruskan pada 2022,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat