Tiket GENKRU hari kedua habis dijual dalam masa 45 minit

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, – Sambutan luar biasa terhadap Konsert GENKRU sekali lagi membuktikan kehebatan dan keistimewaan KRU dalam hati peminat mereka. Tiket untuk hari kedua konsert yang dijadualkan pada 4 Mei 2025 habis dijual dalam tempoh hanya 45 minit selepas jualan dibuka pada jam 3 petang tadi.

Pengasas ICON ENTERTAINMENT, Iman Tang, meluahkan rasa terharunya terhadap sokongan luar biasa ini.
“Kami amat terharu dengan sambutan ini. Tiket hari pertama habis dijual dalam masa 1 jam manakala tiket hari kedua habis dalam durasi 45 minit. Ini semua merupakan tanda kasih sayang dan penghargaan peminat buat IKON trio negara kita. Saya mewakili ICON ENTERTAINMENT dan KRU berasa sangat terharu dan ‘speechless’,” kata Iman Tang.

Beliau juga menambah bahawa pihaknya kini berusaha keras untuk memastikan semua peminat yang berjaya mendapatkan tiket akan menikmati pengalaman konsert yang luar biasa.
“Sekarang menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan semua GENKRU yang telah berjuang mendapatkan tiket hari pertama dan kedua akan mendapatkan kepuasan MAKSIMA pada dua-dua hari konsert itu kelak,” ujarnya.

Konsert GENKRU Hari Kedua Ditambah Atas Permintaan Peminat
Susulan permintaan yang tinggi daripada peminat, ICON ENTERTAINMENT mengambil keputusan untuk menambah hari kedua konsert yang akan berlangsung di Axiata Arena, Kuala Lumpur.

Berikut adalah maklumat rasmi konsert:

ACARA: KONSERT GENKRU
LOKASI: AXIATA ARENA, KUALA LUMPUR
TARIKH: 3 MEI 2025 & 4 MEI 2025
MASA: 8.30 MALAM
PENGANJUR: ICON ENTERTAINMENT

Dengan kejayaan ini, peminat setia KRU kini menantikan detik penuh gemilang pada konsert yang dijangka bakal menjadi antara acara paling epik dalam sejarah muzik tanah air.

 

author avatar
Fendi Ghafar
Venni Viddi Vinchi
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat