Pas ucap Selamat Hari Krismas, kepercayaan banyak persamaan dengan Islam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Pas mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada semua penganut Kristian di Malaysia dengan harapan sambutan tahun ini akan berjalan dengan selamat dan lancar sebagaimana tahun-tahun lepas.

Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkatq, dengan latar belakang akar agama Ibrahimiyyah yang sama, Pas percaya umat Islam dan penganut Kristian mempunyai banyak persamaan, baik dari segi asas kepercayaan mahupun amalan, dan mampu menyumbang kepada penciptaan negara yang lebih baik.

“Kepercayaan monoteisme, perkongsian para Nabi dan Rasul, kedudukan mulia Maryam,
kehidupan selepas mati serta balasan syurga dan neraka, amalan berpuasa dan keunggulan sedekah adalah antara persamaan yang bertujuan membentuk watak manusia yang baik serta berguna kepada diri sendiri dan juga masyarakat.

“Sebagai komuniti agama ketiga terbesar di negara ini, sambutan hari kebesaran penganut
Kristian adalah sebahagian penting budaya besar Malaysia yang menambah kepada warna-warni pengalaman hidup rakyat dan menyumbang kepada pembentukan jati diri masyarakat yang lebih matang, saling menghormati serta bertimbang rasa,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Ujar Takiyuddin, Pas meraikan dan menyambut baik aspek pengayaan pengalaman itu dan kesan positifnya ke arah pembinaan masyarakat Malaysia yang lebih berkualiti dan bermoral bersandarkan nilai-nilai keagamaan yang luhur dan suci.

“Pas percaya penggemblengan kekuatan moral dua komuniti agama terbesar ini mampu
memainkan peranan besar ke arah melahirkan dunia yang lebih aman dan bebas daripada
keruntuhan akhlak, peperangan, kezaliman, kebencian, kelaparan dan ketidakadilan untuk
semua orang, kelompok dan rantau.

“Selamat bercuti dan Selamat Hari Krismas,” ucapnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat