Op Pedo: 13 lelaki dari 6 negeri disiasat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 13 lelaki disyaki melakukan kesalahan seksual secara dalam talian melibatkan bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak (CSAM).

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata turut ditemui 40,000 CSAM dan pornografi dewasa menerusi Op Pedo bersepadu bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di enam negeri, semalam.

Beliau berkata kesemua suspek ditahan di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Johor dan Terengganu berumur antara 20 hingga 74 tahun.

Menerusi Op Pedo, sebanyak 18 pasukan terlibat terdiri pegawai Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Bahagian Bantuan Teknikal (D6) dan Makmal Forensik Polis (D10) Bukit Aman dan kontinjen, serta pegawai SKMM.

Polis turut merampas tujuh set komputer, 11 telefon bimbit, sembilan router, tujuh modem dan masing-masing satu komputer riba, DVD dan hard disk.

13 kertas siasatan dibuka dan kesemua suspek ditahan mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan memiliki bahan lucah Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat