Switzerland Tewaskan Cameroon Dalam Saingan Kumpulan Piala Dunia

- Advertisement -

DOHA – Impian Switzerland untuk memungut mata awal dalam saingan Piala Dunia Qatar berhasil selepas berjaya menewaskan Cameroon 1-0 sebentar tadi dalam perlawanan pembukaan Kumpulan G.

Dalam aksi di Stadium Al Janoub itu, Switzerland menguasai hampir keseluruhan permainan di bahagian tengah pada separuh masa pertama menerusi gandingan Granit Xhaka dan Xherdan Shaqiri.

Bagaimanapun, penyudah tumpul menyaksikan mereka gagal menjaringkan sebarang gol manakala, Cameroon cuba melakukan beberapa serangan balas namun, berjaya dipatahkan barisan pertahanan Switzerland.

Keadaan itu memaksa kedua-dua pasukan masuk ke bilik persalinan tanpa sebarang jaringan dan bersambung babak kedua, Switzerland cuba memperkemaskan rentak permainan mereka.

Hasilnya, gol yang dinantikan skuad kendalian Murat Yakin menjelma pada minit ke-48 menerusi Breel Embolo yang bijak memanfaatkan hantaran silang Shaqiri untuk menggegarkan jaring Cameroon.

Tersentak dengan jaringan itu, Cameroon yang dibimbing Rigobert Song cuba melakukan kebangkitan menerusi beberapa serangan namun, ketumpulan jentera serangan membuatkan mereka berputih mata.

Selepas ini, Switzerland akan berdepan tugas getir berdepan Brazil manakala, Cameroon akan menentang Serbia .- Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat