Bekalan Elektrik dan Air Ukraine Terjejas Teruk Akibat Serangan Russia

- Advertisement -

KYIV – Ukraine bergelut untuk memulihkan kuasa dan perkhidmatan airnya yang rosak selepas Russia menyasarkan 70 peluru berpandunya dan dron ke grid elektrik.

Tindakan itu dilihat strategi terbaru untuk memaksanya menyerah kalah selepas sembilan bulan perang yang menyaksikan tentera Russia gagal dalam kebanyakan objektif wilayah mereka yang dinyatakan.

Susulan serangan Russia, sistem tenaga Ukraine berada di ambang kehancuran dan berjuta-juta berdepan kecemasan ketiadaan bekalan elektrik selama berminggu-minggu akibat pengeboman grid oleh Russia yang sistematik.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran akibat ‘nyawa terancam’ dan menganggarkan berjuta-juta orang mungkin terpaksa meninggalkan rumah mereka.

Datuk Bandar, Vitali Klitschko, berkata lebih dua pertiga daripada ibu negara masih terputus hubungan walaupun pekerja perbandaran di Kyiv memulihkan beberapa perkhidmatan air semalaman.

“70 peratus daripada ibu negara kekal tanpa elektrik, syarikat tenaga berusaha sedaya upaya untuk mengembalikannya secepat mungkin,” katanya.

Serangan semalam menyebabkan ramai terbunuh, memutuskan tiga loji nuklear Ukraine secara automatik daripada grid nasional dan mencetuskan gangguan di negara jiran Moldova, yang rangkaian tenaganya dikaitkan dengan Ukraine.

Kementerian Tenaga Ukraine berkata, ketiga-tiga kemudahan nuklear itu disambung semula pada pagi ini.

Menurut Gabenor, Valentyn Reznichenko, kira-kira 50 peratus wilayah Dnipropetrovsk tengah mempunyai bekalan elektrik.

“Situasi bekalan tenaga adalah rumit, maka penutupan akan diteruskan di rantau ini untuk mengurangkan tekanan pada grid sebanyak mungkin,” katanya.

Sementara itu, kerja pembaikan sedang dijalankan di tempat lain, termasuk di wilayah Rivne, Cherkasy, Kirovograd dan Zhytomyr. – AFP

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,480FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat