DUN Selangor Lulus Sebulat Suara Enakmen Anti Lompat Parti

- Advertisement -

CYBERJAYA – Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri (pindaan) 2022 berkaitan Enakmen Anti Lompat Parti.

Memetik laporan HMetro, Speaker DUN, Ng Suee Lim berkata, kelulusan enakmen berkenaan akan menjamin supaya wakil rakyat bersikap lebih setia kepada parti serta bertanggungjawab terhadap mandat diberikan oleh rakyat.

“Rakyat memilih jadi mereka perlu perjuangkan demi rakyat. Dalam masa sama enakmen ini menjamin kestabilan politik.

“Usul ini dibawa oleh Menteri Besar (Datuk Seri Amirudin Shari) semalam dan dibahaskan lebih 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebelum diluluskan hari ini,” katanya.

Ketika menggulung usul berkenaan, Menteri Besar berkata, enakmen terbabit dapat menjamin suara rakyat dan tidak diperkotak-katikkan oleh mana-mana wakil rakyat.

“Dengan adanya enakmen ini saya percaya keadaan politik akan lebih terjamin, pilihan rakyat akan lebih terjamin.

“Individu yang dipilih oleh rakyat perlu bertanggungjawab dengan ruangan yang diberikan rakyat yang yakin dengan apa yang kita bawakan,” katanya, dipetik dari laporan berkenaan.

Terdahulu semalam, Amirudin membawa usul berkenaan selari akta dikuatkuasakan di Parlimen bagi menguatkan lagi sistem demokrasi dan memastikan pentadbiran yang stabil.

Beliau berkata, enakmen berkenaan juga memastikan wakil rakyat menjunjung amanah yang diberikan dan sebagai tindakan menghalang mana-mana pihak meletakkan kepentingan peribadi mengatasi kepentingan negeri serta negara.

Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti berkuatkuasa bermula Oktober lalu selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat