‘Pulanglah kepada kami wahai wanita kuat’

- Advertisement -

Kuala Lumpur : Penyanyi dan pelakon, Amylea Azizan memohon orang ramai mendoakan pelakon, Nad Zainal yang kini kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Ampang, di sini, akibat masalah paru-paru berdarah.

Amylea yang juga gandingan Nad dalam drama bersiri Dendam Seorang Wanita berkata, dia berharap Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin terus kuat melawan kesakitannya itu.

“Pulanglah kepada kami wahai wanita kuat! Teruskan membaca yassin utk Nad (Farah Nadia ZainalAbidin).

“Doakan agar pendarahan paru-paru berhenti, ‘level’ (tahap) oksigen semakin naik dan Nad dapat bernafas tanpa bantuan mesin. Amin amin amin,” tulis Amylea di media sosial.

Selain itu, rakan artis lain iaitu Noreen dan Lia Natalia yang turut hadir ke hospital memberikan sokongan moral berkongsi kadar oksigen Nad semakin naik.

Noreen dan Lia turut memohon orang ramai terus mendoakan kesembuhan Nad.

Nad dimasukkan ke ICU sejak tiga hari lalu selepas mengadu tidak sihat ketika menjalani penggambaran drama terbarunya.

Nad kemudian disahkan mengalami jangkitan paru-paru dan berada dalam keadaan kritikal sehingga terpaksa ditidurkan.

Sementara itu, pengarah drama terbabit iaitu Shahrulezad Mohameddin yang turut berada di hospital memohon semua pihak mendoakan pelakon itu sembuh daripada jangkitan yang dialaminya.

Selain itu, antara rakan artis yang berada di hospital ialah Ungku Ismail, Sharifah Amani, Nadiya Nisaa, Nabila Huda, Nadia Aqilah, Bella Astilah dan suami, Aliff Aziz serta ramai lagi.

Turut kelihatan, bekas suami Nad, Faliq Amiruddin bersama dua anak mereka, Budi Kalsom dan Fahad Ibrahim.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat