‘Nad lambat beritahu saya’ – Bapa

- Advertisement -

Ampang: “Dia lambat beritahu saya, dia diam, dia pendam. Dia ada mengadu sakit dada tapi macam tak serius. Dia ingat makan ubat boleh baik,” kata bapa pelakon Nad Zainal, 32, iaitu Zainal Abidin, 63, mengenai anaknya yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan, di sini sejak Isnin lalu.

Zainal ketika ditemui berkata, dia mengambil Nad di rumahnya petang Isnin lalu sebelum menghubungi ambulans dan menguruskan kemasukannya ke hospital.

Menurutnya, anak tunggalnya itu tidak pernah sakit teruk dan ia kali pertama terjadi.

“Dia pernah dijangkiti Covid-19, tapi tak seteruk ini. Yang ini memang teruk,” katanya.

Zainal Abidin berkata, tiga hari lalu keadaan Nad agak teruk. Namun petang semalam nampak lebih positif.

“Kita harap benda ini akan lagi okey sebab ubat yang diberikan memang yang terbaik. Saya harap lagi bagus berbanding tiga hari lalu.

“Darahnya memang banyak keluar. Tapi untuk hari ini (semalam) ia dah kering, dah berkurangan,” katanya ketika ditemui di hospital berkenaan malam tadi.

Nad kini masih ditidurkan dan terus diletakkan di bawah pemantauan doktor.

Zainal Abidin berkata, Nad juga masih berlawan dengan ubat.

“Diharap akan sembuh, akan berkurangan dan dia tidak menggunakan alat bantuan pernafasan sebab puncanya paru-paru manakala bahagian lain semua okey.

“Paru-paru Nad mulanya mengalami pendarahan yang banyak. Dia susah bernafas. Sekarang saya tengok okey berbanding semalam (kelmarin) yang  agak teruk.

“Saya difahamkan rakan-rakan artis dan peminatnya di seluruh negara adakan bacaan Yasin malam ini (tadi). Doa semua membantu memulihkan dia,” katanya.

Sementara itu, pelakon Ungku Aziz yang turut berada di hospital memaklumkan, tahap oksigen dalam badan Nad menunjukkan peningkatan berbanding beberapa hari sebelum ini.

“Bacaan kadar oksigen dalam badannya meningkat daripada 78 peratus ke 90 hingga 91 peratus setakat malam ini (semalam).

“Respon itu bertambah baik apabila menerima kunjungan rakan-rakan artis yang datang melawat. Namun, keadaannya masih kritikal. Diharapkan semua dapat terus mendoakan dia segera sembuh sepenuhnya,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat