Macam rock dulu-dulu

- Advertisement -

TAMPIL dengan imej ‘rockers’ yang sinonim dengan gelaran ‘rock kapak’, penyanyi Syed Iskandar Syed Muhamad Rum atau lebih dikenali sebagai Wak Dan yang menyampaikan lagu Meniti Titian Usang menjuarai episod kedua program Suara Viral 2.0, baru-baru ini.

Bahkan, Wak Dan tidak menafikan program Suara Viral 2.0 disertai itu memberi harapan baharu buatnya untuk membina nama dalam industri muzik tempatan.

Siapa sangka bakat lelaki berusia 32 tahun ini diintai beberapa syarikat rakaman. Malah, dia turut menjadi perhatian beberapa kumpulan muzik rock popular tanah air yang berminat untuk bekerjasama.

“Selama ini saya hanya dikenali menerusi saluran YouTube sendiri iaitu WakDan Barakudda sebelum menyertai program Suara Viral 2.0.

“Ketika itu saya banyak mendendangkan lagu saduran berunsur rock berbanding genre muzik lain,” katanya.

Walaupun sering tampil bersama kumpulan Melissa, Wak Dan tidak pernah menganggap dirinya sebahagian daripada kumpulan itu.

“Ia hanya bersifat sebagai penyanyi undangan meskipun ada spekulasi yang mendakwa saya adalah vokalis baharu kumpulan terbabit (Melissa).

“Apa pun, saya sebenarnya agak tertarik dengan tawaran Mohamad Khir Ghazali (MKG) selaku pemilik Warisan Sounds yang melamar saya sebagai artisnya.

 

WAK Dan hadir dengan single Tiada Lagi Erti berkonsep rock era 1980-an.
WAK Dan hadir dengan single Tiada Lagi Erti berkonsep rock era 1980-an.

 

“Syukur Alhamdulillah, saya kini berjaya menyiapkan single solo sendiri berjudul Tiada Lagi Erti, sekali gus rezeki ini berjaya mengotakan impian saya selama ini,” katanya.

Menurut Wak Dan lagi, idea untuk menghasilkan single itu juga dicetuskan Wak Khair yang sentiasa memantau perkembangan karier seninya.

“Dia (Wak Khair) berikan peluang kepada saya demi memastikan perjalanan karier nyanyian diminati ini tidak terhenti. Malah, tak dinafikan juga mungkin masih ramai yang tak kenal saya dalam industri muzik tempatan. Jadi, saya sedar perlu ada satu material lagu yang bagus,” katanya.

Single berkonsep rock seperti era 1980-an ini diyakini mampu menambat perhatian peminat. Jelasnya, tambahan pula ia didatangkan dengan pakej lengkap dengan muzik video yang membariskan pemain gitar berkaliber, Man Keedal sebagai gitaris undangan.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat