Jemaah Kabinet tidak libatkan kluster mahkamah

- Advertisement -

KAJANG – Pakatan Harapan (PH) tidak akan berkompromi dalam urusan melantik Jemaah Kabinet yang terpalit rasuah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam Kerajaan Perpaduan yang diterajuinya tidak akan melantik mereka yang dijatuhkan hukuman.

“Berhubung jawatan dalam Kabinet, bagi kita PH kita jelas.

“Tapi kini libatkan Kerajaan Perpaduan, bila ada hukuman dijatuhkan sukar kita teruskan,” katanya ketika sidang media pertama selepas istiadat angkat sumpah Perdana Menteri pada Khamis.

Bagaimanapun proses dan cadangan berhubung lantikan Jemaah Menteri akan diperincikan diperingkat parti komponen Kerajaan Perpaduan bersama ketua gabungan masing-masing.

Sementara itu katanya, kerajaan dijangka akan membentangkan Bajet 2023 bulan depan.

Menurutnya, bajet yang dibentangkan kelak mungkin akan ditambah baik daripada yang dibentangkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bulan lalu.

“Kerajaan akan bentangkan bajet bulan depan yang akan ditambah baik.

“Namun dalam Persidangan Parlimen pertama pada 19 Disember depan akan membentangkan bajet mini untuk emolumen bagi membolehkan gaji penjawat awam diluluskan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat