Anwar ulangi pendirian tak akan ambil gaji PM

- Advertisement -

KAJANG: Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk tidak mengambil gaji sebagai Perdana Menteri ke-10.

Beliau tegaskan, tindakan itu sebagai salah satu langkah bagi memberi keyakinan bahawa kerajaan yang ada mementingkan rakyat.

“Saya umum bahawa langkah pertama untuk memulihkan keyakinan rakyat supaya tak terlihat menteri, pemimpin tanpa mengira parti dan agama, semuanya fikirkan gaji.

“Demi kepentingan kontrak saham, maka saya memilih untuk menolak gaji perdana menteri,” kata Anwar pada sidang media yang diadakan pada malam ini.

Sebelum ini Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) pada kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) menegaskan pendirian tidak akan mengambil gaji sebagai Perdana Menteri jika PH berjaya membentuk kerajaan.

Langkah itu didorong oleh kesusahan yang dialami rakyat berikutan kerajaan sebelum ini didakwa tidak mengambil tindakan berkesan terhadap kenaikan harga barangan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat