Anwar Akan Lantik TPM Dari BN dan GPS

- Advertisement -

KAJANG – Jawatan Timbalan Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan yang dipimpin
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diisi oleh ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Rakyat Sarawak (GPS).

Perdana Menteri berkata, buat masa ini beliau belum membuat keputusan nama dua calon Timbalan Perdana Menteri berkenaan.

“Siapa Timbalan Perdana Menteri saya belum putuskan, saya akan umum nanti.

“Jawatan Timbalan Perdana Menteri akan dipilih dari komponen kuat yang lain.

“Dalam Kerajaan Perpaduan ini BN adalah komponen kedua terkuat diikuti dengan GPS dari Sarawak,” katanya pada sidang media pertama selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 pada Khamis.

Menurut Anwar ketika ini kekuatan induk kerajaannya hasil gabungan PH (82); BN (30) dan GPS (22).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat