Isnin 28 November Cuti Umum PRU15

- Advertisement -

KAJANG – Kerajaan mengumumkan Isnin, 28 November 2022 sebagai cuti umum.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketetapan itu dibuat bagi meraikan pembentukan kerajaan oleh Pakatan Harapan (PH) bersama dua lagi gabungan parti politik hari ini.

Beliau berkata, hasrat itu juga disuarakan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali sebaik selesai istiadat mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri di Istana Negara hari ini.

“Saya putuskan cuti Isnin ini selepas berbincang dengan Yang di-Pertuan Agong dan Ketua Setiausaha Negara,” katanya pada sidang media pertama selepas istiadat angkat sumpah Perdana Menteri pada Khamis.

Anwar malah meminta maaf kerana melewatkan pemberian cuti memandangkan urusan pembentukan kerajaan tertunda.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat