Anwar Tegaskan Kerajaannya Stabil, Akan Bahas Usul Undi Percaya Pada Sidang Parlimen

- Advertisement -

KAJANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meminta agar Perikatan Nasional (PN) mempertimbangkan cadangan untuk menyertai Kerajaan Perpaduan di bawah pentadbirannya.

Bercakap di hadapan pemberita hari ini, Anwar berkata, ia bagi memastikan kerajaan yang akan dibentuk merupakan sebuah kerajaan yang stabil.

Sehubungan itu, bagi membuktikan beliau mempunyai majoriti yang cukup, beliau akan mengusulkan undi percaya terhadap kerajaan pada sidang Parlimen 19 Disember depan.

“Soal kestabilan tidak berbangkit… Saya nak tegaskan dalam acara pertemuan saya sebagai Perdana Menteri dengan rakyat Malaysia. Saya bersedia untuk terima semua yang lain untuk jadikan negara ini satu.

“Saya tunggu kesediaan rakan termasuk dari PN walaupun kenyataan Pengerusinya di peringkat awal tidak memberangsakan.

“Saya nak jelaskan, kita dah tetapkan sidang Parlimen pada 19 hari bulan dan usul pertama selain angkat sumpah ialah usul dari kerajaan undi percaya di Parlimen.

“Saya anjurkan PN memberikan pertimbangan, apakah mereka bersedia untuk mendukung kerajaan yang sekarang dah kuat dan stabil,” katanya pada sidang media malam ini.

Anwar dilantik Perdana Menteri ke-10 hari ini selepas Yang Dipertuan Agong mengadakan persidangan khas Majlis Raja-raja bagi membentuk kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Bagaimanapun, Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar Anwar mengemukakan jumlah sokongan dimiliki bagi mengabsahkan jumlah yang diperoleh bagi memegang jawatan perdana menteri.

Muhyiddin berkata, beliau yakin telah mendapat majoriti mencukupi untuk menjadi perdana menteri dengan mendapat sokongan 115 ahli parlimen.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,480FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat