7 lagi pekerja Tesco Extra Mutiara Damansara positif Covid-19

- Advertisement -

CYBErJAYA: Pengurusan Tesco Extra Mutiara Damansara mengesahkan tujuh pekerjanya disahkan postitif Covid-19.

Pengesahan terbaru ini menjadikan jumlah keseluruhan pekerja yang dijangkit wabak itu setakat ini adalah seramai lapan orang selepas satu kes dilaporkan 14 Oktober lalu.

Menerusi satu kenyataan, Tesco berkata, tujuh kakitangan itu kali terakhir berada di premis berkenaan pada 14 Oktober dan adalah antara 53 individu yang sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Pasar raya itu ditutup hari ini untuk pencarian kontak dan kerja-kerja disinfeksi akan dilakukan pada 25 Oktober.

“Operasi penghantaran barangan telah dihentikan sejak 13 September lalu.

“Kira-kira 500 rakan sekerja dan penyewa kami akan menjalani ujian swab dan tidak akan dibenarkan kembali bekerja kecuali hasil ujian mereka negatif,” kata kenyataan tesebut.

Sementara itu, semua maklumat mengenai mereka yang mengimbas kod QR pada aplikasi MySejahtera dalam tempoh tersebut telah diserahkan kepada Kementerian Kesihatan untuk pencarian kontak.

Sebelum ini pada 14 Oktober lalu, rangkaian pasar raya besar itu pada catatan di Facebook kira-kira jam 8 malam memaklumkan seorang kakitangan pelatihnya disahkan positif Covid-19.

Bagaimanapun, pasar raya itu tetap dibuka sehingga jam 10 malam, menyebabkan pembeli yang tidak sedar mengenai perkara itu mengunjungi pasar raya tersebut pada malam berkenaan.

Pengunjung juga mengadu bahawa aplikasi MySejahtera tidak memaklumkam mereka bahawa terdapat kes Covid-19 dikesan di situ walaupun setelah mereka membuat imbasan kod QR di pasar raya berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat