Lantik Hishamuddin Sebagai Bendahari BN, Zahid Pilih Jalan Damai

- Advertisement -

WALAUPUN tidak begitu jadi bahan bualan, tapi jauh didalam hati masing-masing, ramai yang hairan kenapa Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein tidak menganggotai barisan kepimpinan tertinggi UMNO/BN.

Sekalipun pemilihan secara rasminya sudah selesai tapi masih banyak jawatan secara lantikan yang boleh diisi Hishamuddin.

Apatah lagi selaku individu yang pernah memegang pelbagai jawatan tinggi dalam kerajaan BN dan parti UMNO sejak berdekad lamanya, sudah tentu ketiadaan beliau dalam hieraki semasa, dilihat sedikit janggal.

Kita faham selepas PRU14, Hishamuddin mahu berehat sebentar dari politik dengan tidak mempertahankan jawatannya sebagai Naib Presiden UMNO, tapi selepas kerajaan Perikatan Nasional (PN) terbentuk dengan beliau sendiri dilantik sebagai Menteri Luar, tak kena sangatlah kalau beliau dilihat seperti terpinggir dari barisan kepimpinan tinggi parti.

Maka tidak hairanlah selepas Pengerusi BN, Datuk Seri Zahid Hamidi membuat rombakan kecil dalam BN dengan melantik Hishamuddin sebagai Bendahari BN semalam, berita itu tidak menunggu lama untuk mendapat respon positif bukan sahaja dari dalam UMNO sendiri bahkan di kalangan rakan parti komponen BN yang lain.

Antaranya dari MCA dan PBRS dimana masing-masing menganggap perlantikan itu mampu mengukuhkan BN untuk menghadapi cabaran mendatang.

Perlantikan ini juga dilihat ramai sebagai usaha berterusan Zahid untuk mengukuhkan dan menyelesaikan masalah dalaman UMNO/BN – dibahagian mana yang menjadikan perlantikan tersebut sebagai jalan penyelesaiannya.

Kita faham ada beberapa isu yang membelenggu Zahid sebelum ini dan perlantikan itu kalau tidak menyelesaikan semua, boleh mengendurkan sedikit ketegangan yang mungkin wujud sebelum ini.

Diharap dengan perlantikan ini, BN akan terus kukuh dan bersedia untuk menghadapi PRU25 pada bila-bila masa ia diadakan nanti.

Roslan Ibrahim
Manjong

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat