MB Selangor akan dipanggil ke Bukit Aman dalam masa terdekat

- Advertisement -

CYBERJAYA: Polis akan memanggil Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ke Bukit Aman dalam tempoh terdekat, bagi memberi keterangan berhubung dakwaan melanggar arahan kuarantin kendiri selepas pulang dari Sabah, lapor Bernama.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata siasatan sedang dijalankan susulan satu kenyataan dimuat naik berhubung Adun Sungai Tua itu yang didakwa ingkar kuarantin pada 5 Okt lepas.

“Dia akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat bagi membantu siasatan dan beberapa saksi lain juga akan dipanggil,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15 serta Seksyen 22(B) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana kesalahan berkaitan usaha kerajaan membendung penularan jangkitan Covid-19.

Amirudin sebelum ini menjalani kuarantin kendiri di rumah bagi mematuhi arahan Kementerian Kesihatan sebaik pulang daripada Pilihan Raya Negeri Sabah pada September lepas.

Pada 4 Okt lepas, Amirudin menerusi akaun Twitternya memohon maaf apabila terpaksa keluar daripada menjalani kuarantin bagi menyelesaikan isu pencemaran sungai yang menyebabkan dua Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi dihenti tugas.

Menerusi hantaran sama, Amirudin berkata dia tetap mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai pelitup muka, manakala kedua-dua ujian saringan yang dilakukannya menunjukkan keputusan negatif.

Amirudin turut memaklumkan dia melawat Loji Rawatan Air Sungai Semenyih bagi meninjau situasi pencemaran bersama Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man, pada hari berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani pada awal bulan ini, dilaporkan berkata sedang meneliti kes membabitkan Amirudin, termasuk permohonan maafnya menerusi media sosial sebelum sebarang tindakan susulan diambil.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat