MCA Ucap Tahniah, Ikrar Beri Kerjasama Kepada Hishamuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA – MCA mengucapkan tahniah di atas pelantikan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien sebagai Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) yang baharu.

“MCA berikrar memberi kerjasama penuh kepada Hishammuddin serta kepimpinan BN bagi terus memperkasakan BN, dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” kata Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon.

Pelantikan itu diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid hari ini dalam rombakan kecil untuk memperkukuhkan organisasi gabungan tersebut.

Sementara itu, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang menyandang jawatan berkenaan sebelum ini akan terus memfokuskan tugasnya sebagai Bendahari UMNO.

Dalam perkembangan berkaitan, Hishamuddin menyiafatkan pelantikannya sebagai Bendahari BN sebagai satu tanggungjawab dan penghormatan.

“Dengan penuh rasa rendah hati, saya menerima pelantikan ini,

“Saya sedar ini satu amanah yang besar mesti digalas dengan ikhlas dan sepenuh hati dan berusaha sedaya upaya membalas kepercayaan ini kepentingan BN terutama dalam usaha mengukuhkan kepercayaan rakyat,” katanya.

Beliau berharap agar segala urusan dalam memikul amanah ini dipermudahkan Allah SWT. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat