Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menyifatkan pelantikan Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Husein sebagai Bendahari Barisan Nasional akan mengukuhkan ikatkan politik tersebut pada masa hadapan.
Presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup menyifatkan pelantikan seorang Menteri berpengalaman dengan rekod yang cemerlang akan mengukuhkan BN dan juga pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional.
Dalam kenyataan media mengucapkan tahniah tersebut, Joseph Kurup menyifatkan Hishammuddin mempunyai pengalaman politik yang luas di pelbagai peringkat akan membantu BN kembali kuat.
“Semua orang akan mengingati kecemerlangan beliau semasa menjadi tumpuan media antarabangsa dalam krisis tragedi kehilangan MH370.”
Joseph turut memberi penghargaan kepada sumbangan Hishamuddin semasa menjadi Menteri Pelajaran dengan membantu para guru melalui elaun khas bagi yang berkhidmat di pendalaman.
“Pelantikan ini menunjukkan BN sentiasa menyumbang kepimpinan yang baik untuk negara ketika krisis, apatah lagi ketika kita berhadapan pandemik Covid-19 dan ketidaktentuan ekonomi.” tambah Joseph.