Dahulukan rakyat dalam setiap tindakan, rayu Najib kepada kerajaan PN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merayu agar kerajaan Perikatan Nasional (PN) mendahulukan rakyat dalam setiap tindakan dibuat.

Najib memberitahu, beliau hanya mampu bersuara di Facebook dan sangat berharap pandangan yang dilontarkan didengari pemerintah.

“Rakyat makin tersepit, peniaga makin terhimpit malah kehidupan amat perit bagi ramai. Keadaan amat tidak menentu. Tidak stabil. Tidak berada di landasan yang diinginkan.

“Setiap langkah yang dibuat perlu ambil kira kepentingan rakyat. Setiap keputusan yang dibuat perlu ada aspek kebajikan rakyat juga, dahulukan kebajikan dan beri jaminan kelangsungan hidup.

“Keselamatan dan kesihatan penting tetapi jangan abaikan keperluan rakyat. Utamakannya. Selama sembilan, 10 tahun saya telah kata, ‘rakyat didahulukan’,” catat Ahli Parlimen Pekan itu di Facebooknya.

Menurut Najib, kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas memenangi pilihan raya 2018 tidak mempedulikan rakyat begitu juga tahun berikutnya.

“Saya hanya mampu bersuara guna Facebook. Saya akan terus berdoa untuk semua.
“Di mana boleh, saya akan terus berikan pandangan. Saya mahu suara rakyat didengari dan dihormati,” ujarnya.

Beliau turut menggambarkan situasi semasa selepas dibadai pandemik Covid-19.

“Kedai-kedai sunyi dan kosong, gerai-gerai sunyi dan kosong. Begitu juga pusat beli barang sunyi dan kosong. Pejabat-pejabat sunyi dan kosong.
“Dengarlah apa yang rakyat kata. Fikirkanlah kehidupan rakyat, susah-susah,” keluhnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat