‘Jiwa rasa tak tenteram, elakkan media sosial’

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini, 34, mengakui dia mengambil pendekatan kurang aktif di media sosial sebagai terapi untuk menghilangkan tekanan.

Hael berkata setiap kali apabila jiwanya tidak tenteram, dia kena menjauhkan diri daripada media sosial untuk lebih tenang.

“Memang saya seakan senyap kebelakangan ini, disebabkan kurang aktif di media sosial untuk hilangkan tekanan.

“Apabila jiwa rasa tak tenteram, mengelak dari media sosial adalah tindakan yang baik dan berkesan,” katanya memaklumkan agak sibuk dengan kerja-kerja di belakang tabir pada waktu pandemik ini.

Hael yang masih bujang tetapi memiliki tiga orang anak angkat berkata dia juga enggan terlalu berkongsi atau mendedahkan mengenai anak-anaknya di media sosial.

“Rutin harian saya memang sibuk dengan menjaga dan menguruskan anak-anak. Tetapi, saya lebih selesa tidak mendedahkan mereka di media sosial.

“Memang sebelum ini ada dikongsikan mengenai anak kembar, namun tidaklah terlalu digembar-gemburkan kerana saya nak fokus jadi seorang bapa saja,” jelasnya.

Ditanya mengenai sikap paranoid terhadap wabak Covid-19 yang masih menular, Hael berkata sebagai ibu bapa mempunyai anak kecil semestinya perasaan itu (paranoid) tidak dapat dielak.

“Mana-mana ibu bapa yang mempunyai anak kecil dan berusia bawah 12 tahun memang akan risau kerana kanak-kanak belum boleh divaksin lagi.

“Jadi, untuk langkah pencegahan saya memang sangat hati-hati dalam penjagaan kesihatan anak-anak dan keselamatan mereka,” katanya.

Pada Mei lalu, Hael pernah berkongsi foto hari raya dia bersama anaknya, Nur Helena kini berusia empat tahun dan juga bayi kembar lelaki yang diberi nama Healmy dan Healman di Instagram.

Bagaimanapun, kini semua foto bersama anak-anaknya di Instagram sudah dipadamkan dan Hael hanya berkongsi gambar sendiri dan aktiviti seni yang dilakukannya.

Terdahulu, Hael hadir pada sidang media secara virtual sempena Program Amal COVAiD #BaikSemula anjuran Media Prima Audio (MPA) yang akan berlangsung pada 4 September ini bermula jam 12 tengah malam selama 24 jam dan disiarkan di akaun YouTube Hot FM, Hot TV.

Seramai 43 penyanyi popular akan menyertai program amal ini, antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza, Misha Omar, Dayang Nurfaizah, Naim Daniel, Hujan, Amir Masdi, Hazama and The Penglipurlara, Ara Johari dan ramai lagi.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat