Skrin paparan menakjubkan

- Advertisement -

MEMILIH skrin paparan adalah penting terutama bagi peminat permainan video memandangkan setiap skrin menawarkan kefungsian yang berbeza.

Sudah menjadi trend pengguna pada hari ini lebih cenderung untuk memilih skrin paparan sudut lebar atau ‘ultra wide’ kerana ia memberi pengalaman permainan lebih baik.

Sudut pandang pengguna juga lebih jauh serta pengalaman permainan pengguna pastinya memberi kelainan serta keunikan tersendiri.

Untuk itu, penulis ingin mencadangkan kepada pengguna supaya memilih skrin paparan keluaran Prism+ daripada barisan produk X340 Pro yang sarat dengan pelbagai ciri yang diperlukan.

Skrin paparan berkenaan adalah setaraf dengan spesifikasi paparan untuk kategori sukan elektronik (e-Sukan) dan sesuai untuk semua genre permainan.

Menerusi skrin ini, ia menawarkan kadar segar semula pada tahap 165Hz dengan resolusi UWQHD bersama-sama sudut lengkungan 1500R untuk memberikan pengalaman permainan yang menakjubkan.

Sesuai sebagai skrin paparan kelas e-Sukan, Prism+ X340 Pro ini mempunyai kadar tindak balas 1ms, sekali gus ia amat sesuai untuk genre permainan aksi pantas serta penembak pandang pertama (FPS).

Ia juga mempunyai skrin bezel yang sangat nipis membolehkan padanan multi skrin dan pengguna tidak akan merasai gabungan skrin berkenaan memandangkan bezel yang sangat nipis.

Bagi pengalaman permainan, penulis berpuas hati dengan prestasinya, malah tona warna juga adalah sangat tajam serta ‘punchy’.

Penulis cuba bermain dalam genre permainan aksi pantas seperti Call of Duty dan Battlefield V, ia amat menakjubkan apabila sudut penglihatan pemain dapat dimaksimumkan seluas mungkin.

Hasilnya, mutu permainan ada pasti akan lebih baik apabila pemain dapat melihat musuh di penjuru timur hingga barat tanpa sebarang masalah.

Penulis juga mencuba pengalaman permainan menerusi Microsoft Flight Simulator 2020 (MFS 2020) dan penulis amat kagum apabila menggunakan skrin sudut lebar berkenaan.

Pemandangan ufuk timur dan barat dapat dilihat dengan begitu baik seolah-olah penulis berada dalam kokpit pesawat sebenar.

Untuk talaan tetapan, skrin Prism+ X340 Pro ini didatangkan dengan beberapa mod tertentu terutama untuk permainan dan talaan ubah suai sendiri masih boleh dilakukan tanpa sebarang masalah.

Bagi pengguna di luar sana mencari-cari skrin kategori ‘ultrawide’ yang baik, penulis cadangkan Prism+ X340 Pro ini adalah jawapannya kerana ia sarat dengan pelbagai ciri khusus sesuai untuk semua genre permainan.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat