Lajim Ukin Ditidurkan Akibat Covid-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengerusi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Datuk Seri Lajim Ukin, kini ditidurkan akibat jangkitan COVID-19.

Memetik Berita Harian, ahli keluarga terdekatnya ketika dihubungi, berkata tindakan itu diambil oleh pasukan perubatan kira-kira jam 2 petang tadi selepas memaklumkan kepada keluarganya.

“Beliau sudah 12 hari dalam rawatan akibat jangkitan COVID-19 sejak dimasukkan ke Hospital KPJ Sabah pada 13 Ogos lalu.

“Sehari sebelum dimasukkan ke hospital, beliau menyertai lawatan kerja Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor ke Kudat pada 12 Ogos sebelum mengadu kurang sihat ketika berada di rumah pada sebelah malam.

“Beliau kemudian dihantar ke Hospital Gleneagles bagi mendapatkan rawatan, sebelum disahkan positif COVID-19 menerusi ujian PCR dan RTK.

“Beliau kemudiannya dihantar ke Hospital KPJ Sabah keesokan harinya bagi mendapatkan rawatan COVID-19 untuk pemantauan rapi sehingga hari ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahli keluarga terbabit berkata, Lajim yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, berada dalam keadaan baik ketika dimasukkan ke hospital tetapi sedikit merosot beberapa hari kemudian, termasuklah mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.

“Beliau sempat menghubungi keluarga pagi tadi dan memaklumkan berasa sakit, namun tidak pasti maksud kesakitan diberitahunya.

“Selepas itu, pihak hospital menghubungi isteri beliau berkaitan Datuk Seri perlu ditidurkan dan keluarga menyetujuinya,” katanya.

Beliau berkata, Lajim sebelum ini mempunyai masalah berkaitan jantung, gangguan buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi, namun semuanya dalam situasi terkawal.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat