Enam Lokaliti Di Sabah, Tiga Di Pahang Dikenakan PKPD Bermula Khamis – MKN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikuatkuasakan di enam lagi lokaliti di Sabah dan di tiga di Pahang mulai Khamis ini hingga 8 Sept.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata lokaliti dikenakan PKPD di Sabah membabitkan Kampung Sentosa Blok 4 dan Batu 2, Lorong Saddani di Tawau, serta Kampung Sayap dan Kampung Rampayan Laut di Kota Belud.

Perintah itu juga dilaksanakan di kuarters Kilang Mee Tien Hock di Penampang dan Taman Sri Panglima di Beaufort.

Sementara PKPD di Pahang membabitkan tiga perkampungan iaitu Kampung Sungai Kabuk, Kampung Sungai Tiang dan Kampung Sungai Chohong dalam Mukim Ulu Telom, Cameron Highlands.

Rodzi juga berkata enam lokaliti PKPD di Sabah yang sepatutnya tamat esok pula dilanjutkan ke 8 Sept. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat