Syed Saddiq Tak Mahu Jadi Pak Turut, Sokong Belanjawan Covid

- Advertisement -

Cyberjaya – Ahli parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata pihaknya enggan menjadi ahli politik ‘pak turut’ terutama dalam isu yang melibatkan kepentingan rakyat.

Bekas menteri belia dan sukan itu berkata, walaupun belanjawan tersebut perlu ditambah baik namun adalah tidak wajar sekiranya ia di tolak.

“Bila berpolitik, letakkan rakyat dihadapan. Tak perlu jadi pak turut,
tak perlu membangkang 24/7. Yang baik kita sokong.

“Saya, Ahli Parlimen Muar, akan sokong Belanjawan COVID yang dibentangkan di Parlimen. Ia boleh ditambah baik, namun tidak sewajarnya ditolak. Kepentingan negara di dahulukan,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui satu ciapan di laman Twitternya sebentar tadi.

Selasa laku, Lim Guan Eng (DAP-Bagan) berkata pembangkang akan menolak Rang Undang-Undang (RUU) Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020 berjumlah RM45 bilion.

Sebaliknya pembangkang bersedia menyokong RUU tersebut sekiranya kerajaan menggandakan jumlah yang diperuntukkan menjadi RM90 bilion.

Kenyataan tersebut kemudiannya disanggah Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) sambil mengkritik cadangan Guan Eng kerana menyifatkan negara tidak mempunyai dana dan akan bankrap sebelum ini.

“Sekarang nak minta tambah, dulu kata negara nak bankrap. Lepas ini tahun depan kalau perlu kita tambah lagi, apa masalahnya,” katanya.

Sementara itu, Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) ketika sesi perbahasannya turut mengkritik tindakan mencadangkan penambahan peruntukan tambahan dari RM45 bilion kepada RM90 bilion bagi mendepani penularan Covid-19.

Katanya, apa saja dilakukan kerajaan pasti tidak akan disokong pembangkang sambil menyifatkan gabungan itu lebih mengutamakan politik berbanding rakyat.

“Apa pun yang kita lakukan di mata pembangkang semuanya tidak betul, cuma mereka sahaja yang betul,” katanya.

Katanya, pihak menteri kewangan dan kerajaan sudah membuat perkiraan sewajarnya untuk menambah peruntukan RM45 bilion tersebut. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat