Pahang Raih RM198.446 Juta Hasil Kutipan Cukai Tanah: MB Pahang

- Advertisement -

KUANTAN: Menteri Besar Pahang YAB Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata walaupun kadar cukai tanah baharu diperkenalkan di Pahang namun ianya tidak menjejaskan pemilik tanah tersebut.

Kenaikkan kadar baharu itu membabitkan pemilik tanah kediaman, tanah pertanian yang kurang daripada 10 ekar, katanya.

“Kajian mendapati 88 peratus pemilik tanah tidak terjejas dengan kadar baharu itu, kata Wan Rosdy.

Wan Rosdy menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bilut, YB Lee Chi Chen (DAP) pada sesi pertanyaan lisan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Pahang ke-14 di Wisma Sri Pahang, hari ini.

“Hanya 12 peratus sahaja terjejas dengan kadar baharu ini, kerajaan negeri bagi pengurangan yang diberikan menerusi remisyen, ujarnya lagi.

“Sudah pasti menunjukkan ia tidak pernah menyusahkan rakyat negeri ini, kita akan kaji dahulu sebelum sesuatu perkara diperkenalkan agar tidak berlaku kesilapan, kata Wan Rosdy.

Wan Rosdy juga memberitahu, sepanjang beliau pergi kemana-mana isu ini tidak dibangkitkan, malah PRK Chini lepas, isu ini tidak langsung dimainkan.

Menjawab soalan Adun Bukit Ibam YB Datin Hajjah Samsiah Hj Arshad (BN), mengenai jumlah hasil yang dikutip daripada pengstrukturan kadar cukai tanah ini, Wan Rosdy menjelaskan sehingga 16 Ogos, Pahang telah mengutip cukai tanah berjumlah RM198.446 juta.

“Peningkatan sebanyak RM84.126 juta berbanding tempoh yang sama tahun lalu, katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat