Ayu Damit ambil sikap realistik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Realistik dalam menentukan hala tuju dunia seni, Ayu Damit menangguhkan projek pembikinan single terbaharu berikutan perkembangan industri muzik dan pandemik COVID-19 yang melanda dunia.

Tidak pernah mengabaikan minat dalam dunia nyanyian, Ayu yang aktif berniaga sejak beberapa tahun lalu, enggan tergesa-gesa merakamkan lagu baharu.

“Projek single baharu saya ditangguh dahulu. Sekarang bukan masa yang sesuai. Kita berdepan pandemik COVID-19 dan masih dalam fasa pemulihan.

Berkongsi dengan seorang teman, Ayu membuka restoran menyajikan juadah dari Barat, Jawa dan Sabah di Bukit Antarabangsa. Foto IG Ayu Damit
Berkongsi dengan seorang teman, Ayu membuka restoran menyajikan juadah dari Barat, Jawa dan Sabah di Bukit Antarabangsa. Foto IG Ayu Damit

“Saya tidak mahu tergesa-gesa. Lagipun, saya sudah berniaga,” katanya kepada BH Online.

Ayu yang menjuarai musim kedua program realiti, One In A Million (OIAM) pada 2007 masih aktif menyanyi.

“Saya masih menerima undangan majlis anjuran syarikat korporat dan acara tertentu. Orang mungkin tengok saya tidak aktif menyanyi, hakikatnya, minat saya masih menebal,” katanya.

Mengulas mengenai perniagaan, isteri kepada Syed Fauzi Syed Baharuddin ini membuka Restoran Ayu Damit X Tok Mak Citarasa Antarabangsa di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, di sini, baru-baru ini.

“Saya buka restoran ini dengan rakan kongsi. Ini bisnes keempat yang saya ceburi selepas menjual cili, kuih bahulu dan sate.

“Saya pilih nama Tok Mak sebagai simbolik masakan turun-temurun daripada nenek ke cucu. Pelbagai menu disediakan termasuk hidangan Barat dan Jawa termasuk dari Sabah,” katanya.

Ayu berharap karier seni dan perniagaan yang diusahakan mencapai kejayaan diharapkan.

“Saya juga mahu menjadi isteri yang baik kepada suami dan ibu penyayang untuk anak-anak,” katanya.

Ayu yang popular dengan lagu Hanya Di Mercu itu kali terakhir tampil dengan single, Dari Hati pada 2016.

Berita harian

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat