Sedang cari keserasian, jika ikhlas persefahaman BN-PN akan diperluas ke negeri lain – Zahid

JELEBU – Barisan Nasional (BN) sedang berusaha mencari keserasian dengan Perikatan Nasional (PN) dan sekiranya usaha itu membuahkan hasil selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dan kemudiannya Melaka, tidak mustahil persefahaman akan diperluas ke negeri-negeri lain.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau mengharapkan agar keserasian dengan dengan PN berlaku secara organik dan paling penting ialah keikhlasan kedua-dua gabungan politik itu.

“Kita juga akan lihat apa yang akan berlaku dan saya mengharapkan agar keserasian ini dapat diwujudkan secara organik dan yang penting ialah keikhlasan dengan PN. Insya-Allah kita akan melihatkan kejayaaannya pada 1 Ogos.

“Bukan setakat itu, tapi kita akan cuba untuk di negeri Melaka dan beberapa tempat lain juga yang sesuai (BN-PN),” kata Presiden Umno itu.

Tanpa berselindung, Timbalan Perdana Menteri itu mengakui persefahaman BN-PN yang baru seminggu terjalin dan masih bersisa beberapa titik bengik antara dua parti Melayu Islam itu yang perlu diselesaikan.

“Persefahaman ini baru berjalan seminggu tentu keserasian perlu diwujudkan dan pada waktu yang sama kita lihat bahawa terdapat beberapa isu titik bengik yang perlu diselesaikan,” katanya sambil memaklumkan isu-isu itu akan diselesaikan sebelum hari mengundi.

Ditanya adakah beliau berpuas hati dengan momentum persefahaman BN-PN setakat ini, Zahid akui banyak perkara perlu dipertingkatkan dan juga belajar daripada kegagalan kerjasama lalu.

“Saya fikir banyak perkara yang boleh dipertingkatkan, banyak juga kerja-kerja yang harus diwujudkan secara kebersamaan dan kerana kita pernah berhasrat bersama tetapi ianya telah tertangguh (Muafakat Nasional 1.0).

“Maka pengalaman yang dahulu tentu mengajar kita untuk kita melakukan yang terbaik,” jelas Zahid lagi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat