Sugu Pavithra Umum Pendirian Tolak Anugerah Ikon

- Advertisement -

Selepas semua konflik yang berlaku, pasangan Youtuber terkenal ‘Sugu Pavithra’ menetapkan pendirian untuk menolak sebarang anugerah selepas ini.

S Pavithra, 28, berkata, dia bersama suami hanya mahu memberi fokus kepada saluran Youtube ‘Sugu Pavithra’ yang dikendalikan mereka berdua.

“Bukan kami saja youtuber, tetapi ramai yang berbakat dalam pelbagai bidang, jadi kami tidak layak untuk semua ini.

“Selepas ini kami tidak mahu jadi orang dikenali ramai. Semua itu kami tak nak. Kami orang biasa saja, jadi biarkan kami hidup seperti biasa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menjelas bayaran jaminan RM5,000 di Mahkamah Sesyen Ipoh, petang ini.

Pavithra berkata, dia bersama suami juga membuat keputusan menolak penganugerahan Ikon Anak Bandar Raya Ipoh yang diterimanya baru-baru ini.

“Kami memang tidak layak untuk mendapat gelaran ikon sebab ramai orang yang berbakat ada di luar sana dan ramai orang yang sudah cuba sedaya-upaya.

“Kami baru jadi youtubers dan kami tidaklah hebat sangat dan kami memang tak layak untuk jadi ikon Perak dan apa-apa lagi.

“Ada lagi yang ramai di luar sana, jangan pilih kami sebab ramai rakyat yang salah faham dan benda ini membuatkan orang ramai sakit hati,” katanya.

Suaminya, M Sugu berkata, mereka mahu memberi fokus dan mengembangkan saluran Youtube mereka.

“Kami jaga youtube, nak fokus youtube saja, kami orang biasa jadi pangkat (anugerah) memang kami tidak mahu,” katanya.

Terdahulu, Sugu didakwa buat kali kedua di Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini, atas pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan kepada isteri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat