21 Jangkitan Baru Covid-19 Hari Ini, Termasuk 8 Kes Di Sarawak – KKM

Kayuhan ‘kaut’ pengalaman

Kini, aktiviti berbasikal sudah menjadi trend dalam kalangan masyarakat di negara ini. Di mana sahaja terutama pada hujung minggu kita dapat melihat pelbagai lapisan usia...

Pelindung peranti

Kuala Lumpur: Pelindung belakang peranti pintar sememangnya penting kerana ia bukan saja untuk gaya, namun lebih memberi perlindungan kepada peranti jika terjatuh di permukaan...

Alunan azan iringi petugas kesihatan ke Sabah (Video)

Kuala Lumpur - Laungan azan mengiringi enam kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) yang dihantar ke Sabah, semalam bagi membantu mengawal penularan pandemik COVID-19...

Beza babak belakang tabir

GAMBAR belakang tabir drama Perempuan Tanpa Dosa menunjukkan babak pelakonnya, Uqasha Senrose sedang melahirkan anak dengan memakai seluar panjang mengundang kritikan netizen selepas ia...

Krisdayanti tak kenal Atta

HUBUNGAN antara anak perempuan Krisdayanti iaitu Aurel Hermansyah dan Sensasi YouTube, Atta Halilintar bukan lagi rahsia. Malah, dalam beberapa siri laporan sebelum ini menyebut pasangan...

KUALA LUMPUR – Sebanyak 21 kes jangkitan baharu COVID-19 dalam negara dilaporkan hari ini membabitkan 16 kes penularan tempatan dan lima kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 sebanyak 8,861 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 161 kes.

“Daripada 21 kes baharu yang dilaporkan, lima kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara membabitkan tiga warganegara dan dua bukan warganegara yang berkahwin dengan rakyat Malaysia atau dibenarkan masuk di atas urusan kerja,” menurut kenyataan media perkembangan COVID-19.

Lima kes import itu membabitkan individu yang pulang dari Singapura, Australia, Filipina, Pakistan dan Qatar.

Sementara itu, daripada 16 kes penularan dalam negara, 13 kes membabitkan warganegara dan tiga kes bukan warganegara.

Satu daripada tiga kes penularan tempatan dalam kalangan bukan warganegara direkodkan daripada Kluster Warga Emas Kluang, Johor dan dua kes lagi daripada Kluster Elsa di Pahang.

Kes penularan tempatan COVID-19 dalam kalangan warganegara pula membabitkan dua kes daripada Kluster PUI Ramnad di Kuala Lumpur dan masing-masing satu kes dari Kluster PUI Al Khobar di Selangor, Kluster Warga Emas Kluang di Johor dan Kluster Elsa di Pahang.

Penularan tempatan dalam kalangan warganegara juga termasuk lapan kes positif daripada Kluster Sentosa di Sarawak.

Dr Noor Hisham berkata, tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes berkenaan kekal 123 kes.

Beliau turut memaklumkan sebanyak tiga kes pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 8,577 kes atau 96.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Sehingga kini, hanya lima kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Dua kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, KKM mengesan tiga lagi kluster baharu hari ini iaitu, Kluster Elsa di Pahang, Kluster PUI Ramnad di Kuala Lumpur dan Kluster PUI Al Khobar di Selangor.

Kes indeks Kluster Elsa membabitkan bukan warganegara, manakala bagi Kluster PUI Ramnad dan Kluster PUI Al Khobar pula, membabitkan warga tempatan.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Berita Berkaitan

Alunan azan iringi petugas kesihatan ke Sabah (Video)

Kuala Lumpur - Laungan azan mengiringi enam kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) yang dihantar ke Sabah, semalam bagi membantu mengawal penularan pandemik COVID-19...

Tindakan pantas APMM selamatkan lebih 100 anak kapal Dayang Topaz

KUCHING: Rakyat Sarawak hari ini dikejutkan dengan insiden kapal platform MV Dayang Topaz, yang merempuh pelantar minyak di perairan Kuala Baram di Miri, kira-kira...

Malaysia Kecam Sekeras-kerasnya Ucapan Benci Dan Fitnah Islam

KUALA LUMPUR - Malaysia amat memandang serius dan mengambil berat permusuhan terbuka terhadap umat Islam sambil mengutuk keras tindakan retorik dan provokatif yang memfitnah...