Shafie Apdal Yakin Warisan Masih Kukuh Di Sabah

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Khabar angin mengatakan kerajaan Sabah akan tumbang dinafikan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dengan mengatakan Kabinet negeri itu masih kukuh dengan dua pertiga majoriti bilangan kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Menurut laporan Borneo Post, Mohd Shafie berkata, khabar angin itu merupakan dakwaan lapuk, malah sejak Perikatan Nasional mengambil alih Kerajaan Pusat lagi mereka timbul dakwaan kerajaan Sabah akan berubah.

“Malah, semasa hari raya (Aidilfitri) baru-baru ini pun dikatakan akan berlaku perubahan dalam kerajaan Sabah.

“Tapi saya yakin Sabah bukan macam negeri-negeri lain,” katanya selepas Majlis Penyampaian Watikah kepada Peguam Besar Sabah yang baharu, Brenndon Keith Soh di sini hari ini.

Mohd Shafie yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) berkata, amalan mengganggu gugat kestabilan negara dan Negeri Sabah bukan satu amalan yang baik.

Beliau memberi jaminan kerajaan di bawah pimpinannya akan meneruskan tanggungjawab mentadbir negeri dan menjaga kebajikan rakyat dengan sebaiknya.

“Saya beri jaminan semua OK dan kami masih berfungsi sebagai Kabinet Negeri dan kerajaan memerintah Sabah hari ini. Biarpun apa orang cakap,” katanya.

Kerajaan Sabah masih memiliki 45 kerusi termasuk Adun dilantik manakala, blok pembangkang mempunyai 20 kerusi termasuk seorang ADUN dilantik.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat