Afdlin Shauki Puji Kerajaan Bertindak Pantas Isu Lesen Finas

- Advertisement -

CYBERJAYA – Keputusan kerajaan membenarkan semua pengguna media sosial memuat naik video tanpa perlu mendapatkan lesen daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pastinya memberi kelegaan semua pihak terutama golongan penggiat seni.

Selebriti dan penggiat filem, Datuk Afdlin Shauki berkata, keputusan kerajaan memberi penjelasan sebenar berkenaan pendirian asal dikemukakan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah semalam dengan pantas juga wajar dipuji kerana tindakan itu menunjukkan keprihatinan kerajaan sedia ada terhadap kegusaran rakyat.

Menurutnya, platform media sosial sebenarnya amat penting kepada usaha memperkembangkan bakat seni, kreativiti dan perniagaan dalam kalangan anak muda bukan sahaja di peringkat domestik, bahkan antarabangsa.

“Bagi saya, (langkah memperkenalkan) lesen muat naik video di media sosial memang tidak masuk akal.

“Saya rasa kerajaan pun sedar akta itu (Akta 244 Finas) tidak relevan dengan situasi semasa…yang bagus kerajaan cepat bertindak dan respons bagi menjelaskan maksud sebenar kerajaan.

“Maklum balas pantas juga membuktikan kerajaan tidak angkuh dan bersikap ego, bahkan mereka sedar kuasa rakyat sebenarnya ada di media sosial dan internet,” katanya kepada sebuah portal berita.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat