MCMC tawar biasiswa untuk bangunkan bakat Komunikasi dan Multimedia Negara

- Advertisement -

CYBERJAYA, – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) buat julung kalinya memperkenalkan dua biasiswa baharu, iaitu Biasiswa MCMC LEGASI dan Biasiswa MCMC CARE, bagi melahirkan generasi muda berkemahiran tinggi dalam bidang komunikasi dan multimedia (C\&M).

Inisiatif ini mencerminkan komitmen MCMC terhadap pembangunan jangka panjang sektor C\&M negara, sekali gus memastikan bakat muda tempatan mampu mendukung transformasi digital Malaysia.

Biasiswa MCMC LEGASI merupakan biasiswa berasaskan merit untuk pelajar cemerlang yang mengikuti pengajian peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang komunikasi dan multimedia di universiti terkemuka, sama ada di dalam atau luar negara.

Selain tajaan penuh kos pengajian dan sara hidup, penerima turut ditawarkan penempatan latihan industri serta jaminan pekerjaan di MCMC.

Antara bidang pengkhususan di bawah program ini termasuk pembangunan peraturan, infrastruktur digital, inovasi dasar, dan keselamatan rangkaian.

Sementara itu, Biasiswa MCMC CARE pula merupakan biasiswa berasaskan keperluan khusus bagi membantu pelajar berpotensi tinggi daripada komuniti kurang berkemampuan melanjutkan pengajian di universiti awam tempatan. Penerima biasiswa ini juga akan menerima tajaan penuh dan peluang latihan industri di MCMC.

Permohonan bagi kedua-dua program ini dibuka bermula 24 Jun 2025 hingga 24 Julai 2025. Calon yang berjaya akan dihubungi pada Ogos 2025.

Maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan dan permohonan boleh didapati menerusi pautan rasmi MCMC: https://mcmc.gov.my/academy/en/scholarships-1.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat