Fokus soal keadilan dan kesejahteraan semua bukan hanya tumpu estetika saja bangunkan KL – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri mahukan pembangunan Kuala Lumpur berciri “a development with soul, values and humanity”, iaitu pembangunan yang terangkum, yang juga memberi ruang kepada warga yang berpendapatan rendah dan menengah untuk hidup selesa dan bermaruah di kota yang kita kongsikan bersama ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak mahu pembangunan hanya memihak atau memenuhi keperluan golongan yang telah selesa sahaja.

“Pagi ini menyaksikan detik yang sangat bersejarah tatkala meluncurkan Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040, yakni satu pelan paling menyeluruh dalam sejarah perancangan bandar di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Ia tertangguh lama sebelumnya akibat serangan COVID19, namun apabila Kerajaan Madani mengambil alih, kita mula mengusulkan agar semakan dan rombakan besar-besaran agar pembangunan kota ini benar-benar berteraskan pembangunan yang manusiawi. Kita mahu pelan ini bersifat inklusif, mengambil kira ‘emerging ideas’ seperti digital dan AI, selain keperluan rakyat marhaen termasuk perumahan mampu milik dan ruang yang kondusif untuk peniaga-peniaga kecil.

“Saya dahulunya pernah tinggal di Segambut Dalam. Masih segar di fikiran saya bagaimana pembangunan di kawasan itu berjalan tanpa perancangan asas yang baik—tiada taman, padang atau kemudahan yang cukup untuk rakyat.

“Saya bingung bagaimana kelulusan dijalankan sebegitu rupa tanpa memikirkan keselesaan dan keperluan asas penduduk. Itu maksud saya tatkala membicarakan tentang ‘governance’ atau tatakelola yang baik,” kata Perdana Menteri pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau juga menekankan bahawa kerajaan tidak mengusulkan pembangunan kota yang baharu ‘from scratch’ seperti Putrajaya kerana masih terikat dengan struktur lama, tetapi mesti bijak menyesuaikannya dengan keperluan masa kini, termasuk kemudahan asas, kawasan hijau dan kemudahan seperti padang dan taman-taman.

“Ia tidak soal estetika semata tetapi soal keadilan dan kesejahteraan semua.

“Pelan ini tentunya tidak sempurna tetapi ia merupakan langkah penting ke arah pembangunan yang tidak mengabaikan golongan pekerja dan miskin kota.

” Jangan kita hanya fikir soal gedung-gedung gah dan raksasa sahaja tetapi akhirnya—seperti yang diungkapkan Mark Twain—‘culturally barren’, gersang seni, budaya, roh dan nilai.

“Saya gesa semua pihak; elit, pemaju, warga dan pengusaha untuk bersama bina kota yang adil dan inklusif. Kuala Lumpur bukan milik mana-mana kelompok tetapi adalah rumah untuk semua,” saran Anwar.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat