Wings takkan lupa asal-usul

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Kumpulan Wings tidak pernah melupakn peminat mereka dalam kalangan marhaen apabila kerap mengadakan persembahan di tempat berprestij sejak kebelakangan ini.

Penyanyinya, Datuk Awie berkata, istilah itu tidak wujud dalam kamus Wings, namun sesekali mereka juga perlu melakukan perubahan dalam karier.

“Satu ketika kami memandu Perodua Kancil, tiba-tiba kami dihadiahkan dengan Rolls Royce. Adakah kami nak menolak pemberian itu? Pasti kami akan pandu Rolls Royce itu untuk merasa kenikmatannya. Selepas 37 tahun dalam industri muzik,  ramai yang kata adakah Wings lupa pada mereka yang menyokong di funfair?

“Jawapannya tidak kerana kami juga rakyat marhaen. Cuma ketika ini peluang datang dan ruang diberikan dalam peringkat yang berbeza,” katanya ketika ditemui di sidang media Showcase Wings One Night Only Live In Kuching & Awie Romantika Kota Kinabalu di sebuah hotel terkemuka, di sini.

Selain Awie, Wings turut dianggotai Eddie ( bass), Black (dram), Syam (gitar) dan Edrie Hashim (gitar).

Awie berkata, mereka bangga perjuangan Wings selama ini diiktiraf sehingga dapat membuat persembahan di tempat eksklusif dan bertaraf antarabangsa.

“Alhamdulillah, tapi Wings takkan lupa asal usul. Insya-Allah tahun depan kami akan buat tour seluruh negara termasuk ke Felda, dewan-dewan kecil sekitar 1,000 penonton untuk ‘gig’ sehinggalah ke peringkat konsert medium dan seterusnya konsert besar di Stadium Bukit Jalil atau mana-mana tempat terpilih.

“Insya-Allah perancangannya tahun depan dan saya pastikan benda ini berlaku. Jangan risau, Wings tak akan lupa dari mana kami datang,” katanya.

Wings sebelum ini berjaya mencatat rekod apabila tiket konsert yang bakal berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), KLCC, pada 14 dan 15 Julai habis dijual dalam tempoh singkat.

Sementara itu, Showcase Wings One Night Only Live In Kuching akan diadakan di Sarawak Chambers, Riverside Majestic Hotel, Kuching pada 27 Ogos ini.

Selain itu, Awie sekali lagi akan berganding dengan Erra dalam Showcase Awie Romantika bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, Sabah pada 20 Ogos ini.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat