Kritik parti, Tajuddin tak dibenar merayu – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Gara-gara sikap dan kerap mengkritik parti menjadi punca Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman disingkirkan daripada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, UMNO menyingkir Tajuddin daripada barisan MKT disebabkan tindak-tanduk beliau ketika mengkritik parti.

Pun begitu, Zahid tidak menghuraikan punca pengguguran itu, sebaliknya meminta wartawan bertanya sendiri soalan itu kepada Ahli Parlimen Pasir Salak berkenaan.

“Kena tanya beliau sendiri, apa kenyataan beliau telah buat, apakah bahan-bahan ucapan beliau, atau ceramah atau bahan-bahan yang telah beliau nyatakan dalam mesyuarat tertutup,” katanya kepada pemberita lapor FMT.

Zahid juga menegaskan perlembagaan parti tidak memberikan Tajuddin sebarang ruang untuk merayu terhadap pengguguran jawatan itu.

“Rayuan untuk keahlian boleh dibuat tetapi rayuan untuk sesuatu jawatan yang dilantik saya fikir tidak ada,” katanya, dan menambah perlembagaan turut menyatakan kuasa pelantikan adalah kuasa presiden.

Duta besar Malaysia ke Indonesia yang baharu dilantik itu digugurkan daripada MKT UMNO baru-baru ini, namun Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan, tidak menyatakan sebab di sebalik tindakan itu, dalam surat pemberitahuan tular bertarikh 21 Jun yang dilihat portal ity.

Zahid menjelaskan mesyuarat MKT menerima perbezaan pendapat dalam kalangan anggota namun mereka harus mematuhi keputusan parti.

“Kita boleh berbeza pendapat dalam perbincangan tetapi jika keputusan telah dibuat ia merupakan ‘keputusan parti’. Kena ikut apa diputuskan parti, bukan sebaliknya,” katanya.

Sebelum ini, Tajuddin digugurkan sebagai pengarah pilihan raya UMNO. Beliau juga dilihat sering bercanggah pandangan dengan kepimpinan tertinggi parti dalam beberapa isu termasuk masa sesuai untuk PRU15 diadakan.

Ditanya mengenai kritikan Timbalan Ketua UMNO Johor, Nur Jazlan Mohamed, berhubung kelewatan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memutuskan kedudukan Datuk Zuraida Kamaruddin dalam Jemaah Menteri, Zahid berkata kenyataan itu “pandangan peribadi” dan tidak mewakili parti.

Jazlan baru-baru ini berkata kelewatan itu mencerminkan kedudukan Ismail yang lemah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat