Surat Tawar Diri Jadi PM: Hishammuddin Buat Laporan Polis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien akan membuat laporan polis hari ini gara-gara sebaran sepucuk surat yang mendakwa kononnya beliau menawarkan diri sebagai Perdana Menteri bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Seperti dinyatakan oleh Unit Komunikasi saya semalam, surat ini adalah palsu dan tidak benar.

” Satu laporan polis akan dibuat hari ini supaya siasatan segera dapat dilakukan bagi mengenalpasti dalang di sebalik tindakan yang amat tidak bertanggungjawab ini,” tegas Hishammuddin dalam hantaran Facebooknya pada Khamis.

Semalam tular surat palsu beliau menawarkan diri sebagai Perdana Menteri bagi menggantikan Muhyiddin.

Memetik kenyataan #H2OTeam di Twitter, surat tersebut bersifat fitnah dan bertujuan mengelirukan pandangan umum.

“Surat yang tersebar yang dikaitkan dengan @Ds HishammuddinH2O adalah palsu dan tidak benar.

“Ini hanyalah provokasi politik yang berniat jahat, mengadakan fitnah untuk mengelirukan umum,” kata #H2OTeam semalam.

Surat berkenaan dipercayai tersebar di media sosial termasuk di aplikasi Whatsapp hari ini antara lain turut menamakan Datuk Seri Azmin Ali sebagai Timbalan Perdana Menteri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat