Nazri Amal Politik ‘Rundingan Terus’ Langgar Semua Birokrasi – Shahrir Samad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Nampaknya tindakan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz mendapat kritikan kerana ia disifatkan seperti mengamalkan politik ‘rundingan terus’ (direct-nego).

Tokoh veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad membidas tindakan Nazri mengumpul akuan bersumpah (SD) yang jelasnya mengenepikan parti.

“Dah ada SD. Dah mewakili sebahagian besar Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

“Boleh runding terus dengan sesiapa sahaja tanpa keputusan parti, biro politik ke, Majlis Tertinggi (MT) ke, negeri ke, apatah lagi bahagian.

“Tak mahu jadi Perdana Menteri, boleh jadi Timbalan Perdana Menteri,” bidas Shahrir dalam hantaran Facebooknya, hari ini.

Kata beliau, stail politik Nazri melanggar semua sistem birokrasi dalam amalam politik.

“Tak payah tanya parti. Buat leceh je nak bincang ramai-ramai, banyak sangat birokrasi.

“Direct-nego je dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin,” ujar beliau.

Semalam Nazri mengakui beliau merupakan perancang utama dalam mengumpul SD di kalangan Ahli-ahli Parlimen BN bagi menyokong Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Kata beliau ia bagaimanapun bukan untuk menjadikan Hishammuddin sebagai Perdana Menteri seterusnya.

Sebaliknya, tegas Nazri, ia adalah bagi memberi mandat kepada Menteri Luar itu untuk menjadi jurucakap kepada kesemua 25 wakil rakyat BN sekiranya dipanggil mengadap Yang di-Pertuan Agong.

“Saya boleh sahkan perkara itu kerana saya sendiri yang mengusahakannya sejak dua minggu lalu, setelah kita dimaklumkan Yang di-Pertuan Agong akan memanggil ketua-ketua parti sekali lagi ke Istana Negara bermula 9 Jun lalu.

“Yang tandatangan SD ini melibatkan 25 Ahli Parlimen BN daripada keseluruhan 41 orang.

“Tujuannya, disebabkan kami sudah hilang keyakinan terhadap ketelusan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mewakili parti sewaktu dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong tempoh hari,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat