Penentu ketua kerajaan ialah rakyat bukan katak atau SD – Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menempelak situasi semasa politik tanah air yang bergelora mutakhir ini.

Secara sarkastik Najib berkata, “kalau niat ialah untuk dilepaskan kes, perlu membodek kerajaan – bukan melawan kerajaan”.

Menurut beliau, pendek kata, yang akhirnya akan tentukan siapa ketua kerajaan dalam tempoh setahun dua sahaja adalah rakyat – bukan katak atau akuan bersumpah (SD).

“Siapa ketua parti UMNO dan BN juga bukan ditentukan oleh berapa SD kamu berjaya kumpul tetapi melalui pemilihan parti yang sudah sampai tempohnya tetapi dihalang oleh MKN untuk dilaksanakan pada tempoh PKP.

“Ahli-ahli UMNO yang akan memilih dan mereka akan tahu siapa yang kecut, sorok dan membisu serta siapa yang berani tampil ke depan untuk melawan dan mempertahankan parti tiap-tiap hari dalam tempoh UMNO paling susah dan terancam selepas PRU-14.

“Ahli-ahli UMNO juga akan ingat siapa menteri serta ahli Parlimen UMNO dan BN yang lebih mementingkan jawatan kerajaan sendiri, siapa yang membantu pihak kerajaan memperlekehkan titah Raja-Raja atau lebih mempertahankan pemimpin parti lain berbanding parti sendiri tetapi membuta mata kepada kegagalan bersambung kegagalan kerajaan untuk membantu rakyat dalam zaman pandemik,” bidas Najib.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, ahli-ahli UMNO juga akan ingat dan akan membuat kesimpulan sendiri untuk rakaman audio “scheme of things” Perdana Menteri ke-8 yang terang-terang kata ahli-ahli UMNO boleh disogok dengan tawaran jawatan menteri dan GLC.

“Sebab itulah saya kurang ulas tentang isu politik pada ketika ini,” ujar Najib.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat