Hishammuddin Buat Laporan Polis Berkaitan Surat Palsu Di IPD Dang Wangi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Dato’ Seri Hishammuddin Hussien, berkata satu laporan polis berhubung surat palsu yang mengaitkan dirinya telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Laporan polis itu dibuat oleh Setiausaha Akhbar beliau, Hafiz Ariffin, di sini, sebentar tadi.

“Laporan polis berhubung surat palsu yang mengaitkan saya dan disebarkan sejak semalam telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi sebentar tadi.

“Laporan ini dibuat bagi mengesahkan bahawa surat tersebut; kepala surat, tandatangan dan cop perakuan penerimaan adalah palsu serta telah direka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Dengan laporan ini juga, saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan seterusnya mengambil tindakan tegas terhadap dalang di sebalik perbuatan ini mengikut peruntukan undang-undang yang sewajarnya.

“Saya konsisten – politik fitnah dan politik kebencian tidak sepatutnya terus menjadi amalan politik negara apatah lagi kita sedang berdepan situasi getir ekoran #COVID19 ketika ini.” tegas beliau,

Awal pagi tadi melalui catatan Facebook Hishammuddin yang juga Menteri Luar, menyatakan akan membuat laporan polis hari ini gara-gara sebaran sepucuk surat yang mendakwa kononnya beliau menawarkan diri sebagai Perdana Menteri bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Seperti dinyatakan oleh Unit Komunikasi saya semalam, surat ini adalah palsu dan tidak benar.

” Satu laporan polis akan dibuat hari ini supaya siasatan segera dapat dilakukan bagi mengenalpasti dalang di sebalik tindakan yang amat tidak bertanggungjawab ini,” tegas Hishammuddin dalam hantaran Facebooknya pada Khamis.

Semalam tular surat palsu beliau menawarkan diri sebagai Perdana Menteri bagi menggantikan Muhyiddin.

Memetik kenyataan #H2OTeam di Twitter, surat tersebut bersifat fitnah dan bertujuan mengelirukan pandangan umum.

“Surat yang tersebar yang dikaitkan dengan @Ds HishammuddinH2O adalah palsu dan tidak benar.

“Ini hanyalah provokasi politik yang berniat jahat, mengadakan fitnah untuk mengelirukan umum,” kata #H2OTeam semalam.

Surat berkenaan dipercayai tersebar di media sosial termasuk di aplikasi Whatsapp hari ini antara lain turut menamakan Datuk Seri Azmin Ali sebagai Timbalan Perdana Menteri.

-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat