COVID-19: Indonesia Cecah Kes Harian Lebih 15,000 Seperti Diramal

- Advertisement -

JAKARTA: Seperti diramal pakar kesihatan, kes harian Indonesia kini melepasi angka 15,000.

Ia selepas negara terbesar Asia Tenggara itu merekodkan pertambahan 15,308 kes pada Rabu, sekali gus menjadi rekod tertinggi sejak ia mula dikesan pada Mac 2020.

Menurut data Badan Pengurusan Bencana Indonesia, jumlah keseluruhan kes di Indonesia kini 2,033,421 kes.

Pada masa sama, terdapat 1,817,303 pesakit disahkan pulih setakat ini.

Dalam tempoh 24 jam lalu, terdapat 303 lagi kematian disahkan, meningkat kepada 55,954 orang.

Peningkatan kes baharu harian itu bermula sejak seminggu lalu apabila ia dikaitkan dengan aktiviti balik kampung dan varian delta yang lebih pantas menjangkiti.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,577FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat