Acong tak malu berniaga manisan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Enggan berpeluk tubuh ketika sedang bergelut meneruskan survival, artis serba boleh, Acong Sweetchild mencari pendapatan lain dengan berniaga manisan.

Vokalis kumpulan Sweetchild itu mempertimbangkan cadangan isteri, Marya Zuraida berniaga pai keju pelbagai perisa ketika aktiviti seni direhatkan pada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang dilanjutkan hingga ke 30 Jun ini.

Acong atau nama sebenarnya, Ahmad Fauzi Manat berkata, tiada apa yang mahu dimalukan apabila terpaksa berniaga makanan dengan mencari sesuap rezeki.

“Bukan sahaja golongan penggiat seni, malah ramai yang terkesan saat sekatan pergerakan penuh dilaksanakan hampir sebulan lalu. Semua aktiviti seni tidak berjalan, jadi saya ambil peluang berniaga demi meneruskan survival.

“Tidak perlu hendak rasa malu mencari rezeki dengan berniaga. Yang penting, dapur rumah berasap. Sekurang-kurangnya bolehlah tambah pendapatan ketika bergelut dengan era pandemik ini.

“Secara kebetulan, isteri pernah belajar buat pai keju dengan adik angkatnya. Jadi, isteri cadangkan saya jual manisan. Sebelum ini, isteri hanya masak untuk sesi keluarga, sekarang bolehlah orang luar merasainya,” katanya kepada BH Online.

 

Acong Sweetchild bersama isteri, Marya Zuraida dan anaknya. - Foto IG Acong Sweetchild
Acong Sweetchild bersama isteri, Marya Zuraida dan anaknya. – Foto IG Acong Sweetchild

Bagi Acong, dunia perniagaan bukan asing buatnya.

“Jika diimbas kenangan berniaga, saya pernah jual cendol santan sawit di Punggol, Singapura pada 2018. Memang tak sangka percaturan saya berniaga minuman menjadi dan tular.

“Ramai suka kerana cendol dijual menggunakan gelas besar dan lemak santan sawit memberi kelainan,” katanya.

Acong yang pernah menyertai program realiti, Gegar Vaganza musim kedua bersyukur, isteri terus menjadi kekuatan untuknya mencari rezeki dengan cara apapun.

“Macam saya berniaga manisan, peminat menjadi penyokong tetap dengan membelinya,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat