Tujuh Rakyat Malaysia Pulang Dari Luar Negara Positif Covid-19

- Advertisement -

Seramai tujuh rakyat Malaysia yang pulang ke tanah air semalam dihantar ke hospital kerana positif Covid-19, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,

Beliau berkata, mereka adalah antara 557 rakyat Malaysia yang pulang ke tanah air melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dari China, Indonesia, Mesir, India dan Jepun.

“Daripada jumlah itu, 550 individu diperintah untuk menjalani proses kuarantin wajib di kediaman masing-masing, manakala tujuh lagi dibawa ke hospital.

“Secara keseluruhannya, dari 10 hingga 23 Jun lalu, seramai 5,093 individu pulang ke tanah air melalui KLIA, dan seramai 5,067 individu diperintah menjalani kuarantin di rumah dan 26 lagi dihantar ke hospital,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui TaskForce Operasi Pematuhan membuat 66,729 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang masuk hari ke-14, semalam.

“PDRM menahan lapan individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP. Daripada jumlah ini, seorang direman manakala tujuh lagi dikompaun.

“Kesemua mereka ditahan kerana aktiviti dengan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat