Huawei P40 Pro+ jadi ‘papan pemotong’

- Advertisement -

MASALAH yang dihadapi oleh kebanyakan pengguna adalah permukaan panel telefon pintar yang mudah calar terutamanya jika tanpa sebarang lapisan perlindungan.

Malah, ada pengguna yang sanggup untuk meletakkan lapisan tambahan bagi memelihara keadaan fizikal panel telefon pintar daripada kesan calar.

Menerusi kemajuan teknologi yang dimiliki oleh syarikat gergasi Huawei, panel berteknologi Nano seramik yang digunakan di bahagian belakang peranti P40 Pro+ menyelesaikan semua masalah calar berkenaan.

Mungkin pengguna ragu-ragu dengan kenyataan itu, #ITMetro berpeluang untuk melakukan ujian ketahanan menggunakan permukaan kasar, objek tajam malah turut menggunakan sebagai ‘papan pemotong’ di bahagian panel belakang peranti berkenaan.

Hasilnya sangat mengagumkan apabila tiada kesan calar sedikitpun hasil daripada panal berteknologi Nano seramik yang digunakan di bahagian belakang panel terbabit.

Ujian geseran bersama kunci di dalam poket atau beg juga dilakukan memandangkan kebanyakan pengguna menghadapi masalah kesan calar apabila meletakkan peranti di dalam poket bersama syiling atau kunci.

Beberapa ujian ketahanan permukaan yang dilaksanakan memperlihatkan panel belakang peranti berkenaan tidak menerima kesan calar walaupun menggunakan pisau.

Selain itu, #ITMetro juga menguji keupayaan permainan termasuk suhu semasa aplikasi berkenaan dilancarkan dan hasilnya turut mengagumkan.

Peranti berkenaan menggunakan unit pemproses grafik Mali G76 MC16 yang membawakan kesan grafik paling baik dalam kelasnya.

Pengguna juga akan menikmati pengalaman aplikasi permainan mudahalih yang luar biasa apabila panel paparan 90Hz serta menawarkan keupayaan menggunakan kadar segar semula pada tahap 90FPS.

Peranti berkenaan juga mampu bertahan untuk tempoh permainan yang lama tanpa rasa kesan panas di bahagian belakang hasil daripada teknologi Sistem Hibrid ‘SuperCool’ untuk mengekalkan tahap suhu.

Huawei P40 Pro+ juga diiktiraf sebagai peranti ketahanan IP68 yang mampu bertahan untuk ujian air dan debu.

Hasil ujian juga peranti itu mampu bertahan dalam air berkedalaman 1.5 meter sehingga lebih 30 minit untuk air tawar.

Spesifikasi Huawei P40 Pro+

Pemproses: Kirin 990 SoC

RAM: 8GB

Storan: 512GB

Bateri: 4,200mAh

Kamera utama: 50MP + 40MP + 8MP + 8MP + Sensor 3D Depth

Sokongan jaringan: Terbina 5G

Ciri khusus:

 

  • Kamera zum sehingga 100X
  • IP68 (Debu dan air)
  • Kamera Kecerdasan Buatan (AI) untuk pemadaman objek (AI Passerby)

 

HMetro

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat